Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal
Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas
langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke
atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga
kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut
Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah
seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari
bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan
makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan
ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil
tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal
di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam
keadaan haid)
Sifat² Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah
orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya
pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah
saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan
agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg
kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip
laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .
Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri
Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda
yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus
dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah
ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan
di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah
ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja .
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama
dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi
sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah!
Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan
tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari
berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari²
yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg
biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang
seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu
5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu
dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita
lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari
itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang
Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam
setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar
Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan
bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun
yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan
mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh
Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama
hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3
dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan
dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa
ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada
awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi
subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada
org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada
diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?’
Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu
Majah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan
neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka
dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan
jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi
daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh
dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau
awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam
iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah
masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Wallahu A'lam.
Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau
05.10 |
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar